Rabu, 3 Oktober 2012

Kita adalah pejuang.
Perjuangan kita bermula sedari mula nafas pertama
hingga ke hujung nafas terakhir.
Seribu erti..
alaf baru bermula....

Ahad, 30 September 2012

Dingin

Pagi ini
Dingin.
Sejuk air di pili ketika mandi.
Sejuk ketika berwuduk..
Terasa damai dan tenang untuk seketika
Sebelum mentari menyinar
Sebelum hari mula menyibuk
Sebelum hari tiba ke senja.
Dingin.

Sabtu, 29 September 2012

Taman Sepi 1

Sesungguhnya
Perjalanan ini tidak sama apa yang kita kehendaki.
Adakala yang diingini tidak seindah yang diimpikan.
Sebaiknya yang ada, apabila ada yang memperoleh
lupa mahu bersyukur lantaran itu, apa yang diingin itu tidak bisa menjadi keberkatan.